Apakah AusAlert?

AusAlert merupakan sistem amaran kebangsaan yang menggunakan teknologi terkini untuk menghantar mesej kecemasan kepada peranti mudah alih yang serasi seperti telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar. 

Ia merupakan cara yang pantas dan boleh dipercayai untuk membantu anda mendapat maklumat dan lebih bersedia semasa kecemasan tempatan dan kebangsaan seperti:

  • kebakaran belukar
  • banjir
  • taufan
  • tsunami
  • ribut atau kejadian cuaca yang buruk
  • kecemasan kesihatan awam
  • ancaman keselamatan
  • insiden biosekuriti.

Jika anda tinggal di Australia atau sedang melawat dari negara lain, anda mungkin menerima AusAlert jika berlaku kecemasan atau bencana di mana anda berada. 

AusAlert boleh diterima oleh peranti mudah alih yang serasi walaupun tanpa kad SIM Australia atau eSIM.

Peranti mudah alih yang serasi ialah iPhone 11 dan yang dijalankan oleh iOS 26.4 atau yang terkini, dan telefon dan tablet Android yang dijalankan oleh Android 12 atau yang terkini.

Anda boleh mempercayai AusAlert

AusAlert telah dibangunkan oleh Kerajaan Australia dan adalah selamat dan terjamin.

AusAlert:

  • tidak akan meminta butiran peribadi atau kewangan anda
  • tidak mengetahui atau menyimpan maklumat peribadi anda
  • tidak mengetahui atau menyimpan nombor telefon anda
  • tidak menjejaki lokasi anda
  • tidak memerlukan anda mendaftar.

Menerima AusAlert

Mesej AusAlert akan disampaikan kepada anda dalam bahasa Inggeris. Jika anda melawat Australia dari negara lain, atau jika bahasa Inggeris bukan bahasa pertama anda, amaran AusAlert mungkin sukar untuk dibaca dan difahami.

Mock-up of a phone with message: Critical AusAlert. An Emergency Warning message has been issued for the Gumtree Crossing bushfire. Leave now if you receive this message. Visit the AusAlert website for more information.

AusAlert berbunyi seperti ini.

0.00 0.00

Bergantung pada peranti mudah alih anda, anda mungkin dapat menterjemahkan mesej AusAlert kepada bahasa pertama anda dengan:

  1. menekan pada amaran

  2. menyalin teks

  3. menampalkannya ke dalam app atau laman web yang ia akan diterjemahkan secara automatik ke dalam bahasa pilihan anda.

AusAlert mengandungi maklumat kecemasan penting. 

Amaran ini termasuk:

  • jenis kecemasan
  • di mana ia berlaku
  • tahap keseriusan
  • apakah tindak balas yang diperlukan
  • di mana lebih banyak maklumat boleh didapati.

Jika anda menerima AusAlert, anda harus membaca dan mengikuti arahan tersebut untuk memastikan diri anda dan mereka yang lain selamat. 

Terdapat dua jenis AusAlert.

Amaran Kritikal:

  • digunakan dalam kecemasan yang paling ekstrem
  • menyebabkan peranti mudah alih anda bergetar dan memainkan bunyi siren yang kuat sekurang-kurangnya 10 saat
  • dihantar walaupun peranti anda dalam mod "senyap" atau "jangan ganggu"
  • tidak boleh dimatikan dalam tetapan peranti mudah alih anda.   

Amaran Keutamaan:

  • digunakan untuk kecemasan di mana terdapat tahap ancaman semakin meningkat kerana keadaan sedang berubah
  • boleh menyebabkan peranti mudah alih anda bergetar dan memainkan bunyi seperti siren kuat selama lebih kurang 10 saat, tetapi bergantung kepada tetapan peranti anda
  • tidak dihantar jika peranti anda dalam mod "senyap" atau "jangan ganggu" 
  • boleh dimatikan dalam tetapan peranti mudah alih anda.

Memandu dan menunggang

Jika anda menerima AusAlert semasa memandu atau menunggang, tetap bertenang dan jangan menyentuh telefon anda, kerana ia adalah menyalahi undang-undang untuk berbuat demikian. Bunyi amaran harus berhenti selepas kira-kira 10 saat. Apabila anda boleh, cari tempat yang selamat dan yang dibenarkan untuk menepi dan membaca mesej.

Bantuan membaca AusAlert

Jika anda memerlukan bantuan untuk memahami mesej AusAlert:

  • minta ahli keluarga, rakan atau seseorang yang boleh memahami bahasa Inggeris untuk membacanya untuk anda
  • semak saluran komunikasi kecemasan lain, umpamanya TV atau radio tempatan atau nasional, app atau laman web
  • layari ausalert.gov.au/current-alerts untuk mencari amaran dan menterjemahkannya ke dalam bahasa pilihan anda menggunakan app atau laman web.

Jika anda memerlukan bantuan tambahan dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris, sumber-sumber di halaman ini dan di seksyen Bahasa laman web boleh membantu.