Majura, Australian Capital Territory
Rabu 10 Jun 2026 pada 10:30 am
Be AusAlert ready: always install the latest software updates on your device.
Apakah AusAlert?
AusAlert merupakan sistem amaran kebangsaan yang menggunakan teknologi terkini untuk menghantar mesej kecemasan kepada peranti mudah alih yang serasi seperti telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar.
Ia merupakan cara yang pantas dan boleh dipercayai untuk membantu anda mendapat maklumat dan lebih bersedia semasa kecemasan tempatan dan kebangsaan seperti:
Jika anda tinggal di Australia atau sedang melawat dari negara lain, anda mungkin menerima AusAlert jika berlaku kecemasan atau bencana di mana anda berada.
AusAlert boleh diterima oleh peranti mudah alih yang serasi walaupun tanpa kad SIM Australia atau eSIM.
Peranti mudah alih yang serasi ialah iPhone 11 dan yang dijalankan oleh iOS 26.4 atau yang terkini, dan telefon dan tablet Android yang dijalankan oleh Android 12 atau yang terkini.
AusAlert telah dibangunkan oleh Kerajaan Australia dan adalah selamat dan terjamin.
AusAlert:
Mesej AusAlert akan disampaikan kepada anda dalam bahasa Inggeris. Jika anda melawat Australia dari negara lain, atau jika bahasa Inggeris bukan bahasa pertama anda, amaran AusAlert mungkin sukar untuk dibaca dan difahami.
Bergantung pada peranti mudah alih anda, anda mungkin dapat menterjemahkan mesej AusAlert kepada bahasa pertama anda dengan:
menekan pada amaran
menyalin teks
menampalkannya ke dalam app atau laman web yang ia akan diterjemahkan secara automatik ke dalam bahasa pilihan anda.
AusAlert mengandungi maklumat kecemasan penting.
Amaran ini termasuk:
Jika anda menerima AusAlert, anda harus membaca dan mengikuti arahan tersebut untuk memastikan diri anda dan mereka yang lain selamat.
Terdapat dua jenis AusAlert.
Jika anda menerima AusAlert semasa memandu atau menunggang, tetap bertenang dan jangan menyentuh telefon anda, kerana ia adalah menyalahi undang-undang untuk berbuat demikian. Bunyi amaran harus berhenti selepas kira-kira 10 saat. Apabila anda boleh, cari tempat yang selamat dan yang dibenarkan untuk menepi dan membaca mesej.
Jika anda memerlukan bantuan untuk memahami mesej AusAlert:
Jika anda memerlukan bantuan tambahan dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris, sumber-sumber di halaman ini dan di seksyen Bahasa laman web boleh membantu.
Pada bulan Jun dan Julai 2026, AusAlert sedang diuji diseluruh Australia.
Ini bermakna anda atau seseorang yang anda kenali mungkin akan menerima ujian AusAlert.
Ujian amaran AusAlert akan ditulis dalam bahasa Inggeris. Ia akan kelihatan seperti ini.
| CRITICAL AUSALERT | AMARAN KRITIKAL AUSALERT |
| TEST MESSAGE – AUSALERT | MESEJ UJIAN - AUSALERT |
| This is a TEST of AusAlert, Australia’s new emergency warning system. | Ini adalah UJIAN berkenaan AusAlert, sistem amaran kecemasan baharu Australia. |
| NO ACTION IS REQUIRED. | TIADA TINDAKAN DIPERLUKAN. |
| In an actual emergency, follow the instructions in the alert to keep yourself and others safe. | Semasa dalam kecemasan sebenar, ikuti arahan dalam amaran untuk memastikan diri anda dan orang lain selamat. |
| Visit www.ausalert.gov.au for more information. | Layari www.ausalert.gov.au untuk maklumat lanjut. |
| This message is authorised by the Australian Government. | Mesej ini disahkan oleh Kerajaan Australia. |
Semasa ujian AusAlert:
Pada bulan Jun 2026, anda mungkin menerima amaran sebagai sebahagian daripada ujian komuniti AusAlert di:
Rabu 10 Jun 2026 pada 10:30 am
Isnin 15 Jun 2026 pada 11:00 am
Selasa 16 Jun 2026 pada 2:00 pm
Rabu 17 Jun 2026 pada 4:00 pm
Khamis 18 Jun 2026 pada 10:00 am
Khamis 18 Jun 2026 pada 2:00 pm
Jumaat 19 Jun 2026 pada 12:00 pm
Sabtu 20 Jun 2026 pada 11:00 am
Ahad 21 Jun 2026 pada 2:00 pm
Satu ujian kebangsaan AusAlert akan berlaku pada Isnin 27 Julai 2026. Semasa ujian, setiap peranti mudah alih yang serasi di Australia akan menerima amaran pada masa yang sama.
Sekiranya penerimaan mesej ujian AusAlert boleh menganggu anda atau menyebabkan anda atau orang yang anda sayangi berasa tidak selamat, sila matikan peranti mudah alih anda atau tukarkan ia ke mod kapal terbang sebelum waktu ujian di lokasi anda, dan biarkan ia dimatikan sekurang-kurangnys satu jam